Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN BANK NEGARA MALAYSIA (PELAKSANAAN KETETAPAN MAJLIS KESELAMATAN BANGSA-BANGSA BERSATU YANG BERHUBUNGAN DENGAN REPUBLIK PERSEKUTUAN SOMALIA) 2017

Seksyen 6

(1)

Sesuatu institusi kewangan hendaklah mengambil langkah-langkah perlu untuk menghalang, secara langsung atau tidak langsung, bantuan kewangan atau bantuan lain termasuk pelaburan, pembrokeran atau perkhidmatan kewangan lain, yang berkaitan dengan aktiviti ketenteraan atau pembekalan, penjualan, pemindahan, pengilangan, penyenggaraan atau penggunaan senjata atau peralatan ketenteraan, kepada mana-mana orang yang ditetapkan.

(2)

Sesuatu institusi kewangan, termasuk cawangannya di luar Malaysia, hendaklah menjalankan usaha yang wajar untuk menghalang peruntukan perkhidmatan kewangan termasuk insurans atau insurans semula atau pemindahan aset kewangan atau aset lain atau sumber jika perkhidmatan, aset atau sumber itu, termasuklah pelaburan baharu akan melanggar Ketetapan.

Kewajipan untuk memberi maklumat

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN BANK NEGARA MALAYSIA (PELAKSANAAN KETETAPAN MAJLIS KESELAMATAN BANGSA-BANGSA BERSATU YANG BERHUBUNGAN DENGAN REPUBLIK PERSEKUTUAN SOMALIA) 2017