Seksyen 1
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Bank
Negara Malaysia (Pelaksanaan Ketetapan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa
Bersatu yang berhubungan dengan Republik Sudan Selatan) 2016.
/akn/my/act/pua/2016/271
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERATURAN-PERATURAN BANK NEGARA MALAYSIA (PELAKSANAAN KETETAPAN MAJLIS KESELAMATAN BANGSA-BANGSA BERSATU YANG BERHUBUNGAN DENGAN REPUBLIK S... is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 271 2016, currently marked in force and first recorded in 2016.
Opening note
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Bank
Negara Malaysia (Pelaksanaan Ketetapan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa
Bersatu yang berhubungan dengan Republik Sudan Selatan) 2016.
Matlamat
Matlamat Peraturan-Peraturan ini adalah untuk melaksanakan langkah yang diputuskan oleh Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu menurut Perkara 41
Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memberi kesan kepada pembekuan dana, aset kewangan dan sumber ekonomi yang berhubungan dengan Republik Sudan Selatan dan untuk memperuntukkan mengenai perkara lain yang berkaitan.
Tafsiran
“Jawatankuasa Majlis Keselamatan” ertinya Jawatankuasa Majlis Keselamatan
Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan menurut perenggan 16 Ketetapan;
“Ketetapan” ertinya Ketetapan 2206 (2015) Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa
Bersatu;
“Majlis Keselamatan” ertinya Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan di bawah Perkara 7 Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu;
P.U. (A) 271 3
“orang yang ditetapkan” ertinya individu atau entiti sebagaimana yang diperuntukkan dalam peraturan 4.
Orang yang ditetapkan
bertanggungjawab bagi atau bersubahat atau terlibat, secara langsung atau tidak langsung, dalam perbuatan atau dasar yang mengancam keamanan, keselamatan atau kestabilan Republik Sudan Selatan; dan
telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan atau Jawatankuasa Majlis
Keselamatan di bawah Ketetapan, sebagaimana yang disenaraikan di dalam Senarai yang diwujudkan, disenggarakan dan dikemas kini oleh Jawatankuasa Majlis Keselamatan dan boleh didapati di laman sesawang rasmi Bangsa-Bangsa Bersatu di http://www.un.org.
Pembekuan dana, aset kewangan dan sumber ekonomi
Sesuatu institusi kewangan hendaklah—
membekukan apa-apa dana, aset kewangan atau sumber ekonomi yang dimiliki atau dikawal, sama ada secara langsung atau tidak langsung, oleh—
orang yang ditetapkan;
individu atau entiti yang bertindak bagi pihak, atau atas arahan, mana-mana orang yang ditetapkan; atau
entiti yang dimiliki atau dikawal oleh orang yang ditetapkan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak, atau atas arahan, mana-mana orang yang ditetapkan; dan
P.U. (A) 271 4
memastikan bahawa tiada dana, aset kewangan atau sumber ekonomi diadakan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, oleh mana-mana orang untuk atau bagi faedah orang yang disebut dalam perenggan (1)(a).
Pembekuan dana, aset kewangan dan sumber ekonomi di bawah subperaturan (1) tidak terpakai bagi pembekuan dana, aset kewangan dan sumber ekonomi yang telah ditentukan oleh Bank, melalui suatu notis bertulis, sebagai perlu—
bagi bayaran perbelanjaan asas, termasuk apa-apa bayaran bagi bahan makanan, sewa atau gadaian, ubat dan rawatan perubatan, cukai, premium insurans dan caj utiliti awam;
secara eksklusif bagi bayaran fi profesional yang munasabah dan pembayaran balik bagi perbelanjaan yang ditanggung yang berkaitan dengan peruntukan perkhidmatan guaman mengikut mana-mana undang-undang bertulis;
bagi bayaran fi atau caj perkhidmatan mengikut mana-mana undang-undang bertulis bagi pemegangan atau penyenggaraan lazim dana, aset kewangan atau sumber ekonomi yang dibekukan;
bagi bayaran apa-apa perbelanjaan luar biasa yang diluluskan oleh
Jawatankuasa Majlis Keselamatan; atau
dalam perkara mana-mana lien kehakiman, pentadbiran atau timbang tara atau penghakiman, yang dalam hal sedemikian dana, aset kewangan atau sumber ekonomi itu boleh digunakan untuk memenuhi lien atau penghakiman itu, dengan syarat lien atau penghakiman itu—
P.U. (A) 271 5
telah dibuat sebelum 3 Mac 2015; dan
Sesuatu institusi kewangan boleh mengkreditkan suatu akaun yang dibekukan di bawah subperaturan (1) dengan—
apa-apa bayaran yang kena dibayar di bawah apa-apa kontrak, perjanjian atau obligasi yang berbangkit sebelum 3 Mac 2015, dengan syarat bahawa institusi kewangan itu terus membekukan apa-apa faedah, pendapatan dan bayaran lain yang dikreditkan ke dalam akaun itu.
Sesuatu institusi kewangan boleh membenarkan orang yang ditetapkan untuk mengguna pakai dana, aset kewangan atau sumber ekonomi yang telah dibekukan di bawah subperaturan (1) bagi apa-apa bayaran yang kena dibayar di bawah suatu kontrak yang dibuat sebelum penetapan orang itu, dengan syarat bahawa Bank, melalui suatu notis bertulis, menentukan bahawa bayaran itu tidak, secara langsung atau tidak langsung, diterima oleh orang yang ditetapkan.
Pembekuan dana, aset kewangan dan sumber ekonomi di bawah subperaturan (1) hendaklah terhenti daripada terpakai bagi seseorang yang ditetapkan jika Majlis Keselamatan atau Jawatankuasa Majlis Keselamatan telah mengeluarkan nama orang yang ditetapkan itu daripada Ketetapan.
Kewajipan untuk memberi maklumat
Sesuatu institusi kewangan yang—
telah membekukan apa-apa dana, aset kewangan atau sumber ekonomi di bawah subperaturan 5(1); atau
P.U. (A) 271 6
mempunyai maklumat tentang apa-apa transaksi atau transaksi yang dicadangkan atau apa-apa perbuatan atau benda yang dilarang oleh
Peraturan-Peraturan ini, hendaklah dengan serta-merta memaklumkan Bank mengenai fakta atau maklumat itu, dan memberi maklumat yang selanjutnya yang berhubungan dengan dana, aset kewangan, sumber ekonomi, transaksi, transaksi yang dicadangkan, perbuatan atau benda itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank.
Kesalahan
Mana-mana institusi kewangan yang tidak mematuhi Peraturan-Peraturan ini melakukan kesalahan di bawah subseksyen 82(4) Akta.
Dibuat 22 September 2016
[BNM.JUN. 1119/15/76; PN(PU2)262/IX]
MUHAMMAD BIN IBRAHIM
Gabenor
Diluluskan 19 Oktober 2016
[KK/BUU/(S)10/0.647 SJ.1 Jilid 8 (7); PN(PU2) 262/IX]
DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
Menteri Kewangan
P.U. (A) 271 7
CENTRAL BANK OF MALAYSIA ACT 2009
CENTRAL BANK OF MALAYSIA (IMPLEMENTATION OF THE UNITED NATIONS
SECURITY COUNCIL RESOLUTIONS RELATING TO THE REPUBLIC OF SOUTH SUDAN)
REGULATIONS 2016
Opening note
is responsible for or complicit in, or having engaged in, directly or indirectly, actions or policies that threaten the peace, security or stability of the Republic of South Sudan; and
has been designated by the Security Council or the Security Council
Committee under the Resolution, as listed in the List which is established, maintained and updated by the Security
Council Committee and made available on the official website of the United Nations at http://www.un.org.
Freezing of funds, financial assets and economic resources 5.
A financial institution shall—
freeze any funds, financial assets or economic resources owned or controlled, whether directly or indirectly, by—
a designated person;
an individual or entity acting on behalf, or at the direction, of any designated person; or
an entity owned or controlled by a designated person or any person acting on behalf, or at the direction, of any designated person; and
P.U. (A) 271 9
ensure that no funds, financial assets or economic resources are made available, whether directly or indirectly, by any person to or for the benefit of the persons referred to in paragraph (1)(a).
The freezing of funds, financial assets and economic resources under subregulation (1) shall not apply to the freezing of funds, financial assets and economic resources which have been determined by the Bank, through a written notice, to be necessary—
for the payment of basic expenses, including any payment for foodstuff, rent or mortgage, medicines and medical treatment, taxes, insurance premiums and public utility charges;
exclusively for the payment of reasonable professional fees and reimbursement of incurred expenses associated with the provision of legal services in accordance with any written laws;
for the payment of fees or service charges in accordance with any written laws for routine holding or maintenance of the frozen funds, financial assets or economic resources;
for the payment of any extraordinary expenses approved by the
Security Council Committee; or
in the subject of any judicial, administrative or arbitral lien or judgment, in which case the funds, financial assets or economic resources may be used to satisfy such lien or judgment, provided that the lien or judgment—
was entered into before 3 March 2015; and
A financial institution may credit an account frozen under subregulation (1) with—
any payment due under any contract, agreement or obligation that arose before 3 March 2015, provided that the financial institution continues to freeze any such interest, other earnings and payments credited into that account.
A financial institution may allow a designated person to apply the funds, financial assets or economic resources that have been frozen under subregulation (1)
for any payment due under a contract entered into prior to the designation of such person, provided that the Bank, through a written notice, determines that the payment is not, directly or indirectly, received by a designated person.
The freezing of funds, financial assets and economic resources under subregulation (1) shall cease to apply to a designated person if the Security Council or the Security Council Committee has removed the name of the designated person from the Resolution.
Duty to provide information 6.
A financial institution which—
has frozen any funds, financial assets or economic resources under subregulation 5(1); or
has information about any transaction or proposed transaction or any act or thing prohibited by these Regulations,
P.U. (A) 271 11
shall immediately inform the Bank of that fact or information, and provide such further information relating to the funds, financial assets, economic resources, transaction, proposed transaction, act or thing as the Bank may require.
Offence 7.
Any financial institution who fails to comply with these Regulations commits an offence under subsection 82(4) of the Act.
Made 22 September 2016
[BNM.JUN. 1119/15/76; PN(PU2)262/IX]
MUHAMMAD BIN IBRAHIM
Governor
Approved 19 October 2016
[KK/BUU/(S)10/0.647 SJ.1 Jilid 8 (7); PN(PU2)262/IX]
DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
Minister of Finance