Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN BANK NEGARA MALAYSIA (PELAKSANAAN KETETAPAN MAJLIS KESELAMATAN BANGSA-BANGSA BERSATU YANG BERHUBUNGAN DENGAN REPUBLIK SUDAN SELATAN) 2016

Seksyen 5

(1)

Sesuatu institusi kewangan hendaklah—

(a)

membekukan apa-apa dana, aset kewangan atau sumber ekonomi yang dimiliki atau dikawal, sama ada secara langsung atau tidak langsung, oleh—

(i)

orang yang ditetapkan;

(ii)

individu atau entiti yang bertindak bagi pihak, atau atas arahan, mana-mana orang yang ditetapkan; atau

(iii)

entiti yang dimiliki atau dikawal oleh orang yang ditetapkan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak, atau atas arahan, mana-mana orang yang ditetapkan; dan

P.U. (A) 271 4

(b)

memastikan bahawa tiada dana, aset kewangan atau sumber ekonomi diadakan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, oleh mana-mana orang untuk atau bagi faedah orang yang disebut dalam perenggan (1)(a).

(2)

Pembekuan dana, aset kewangan dan sumber ekonomi di bawah subperaturan (1) tidak terpakai bagi pembekuan dana, aset kewangan dan sumber ekonomi yang telah ditentukan oleh Bank, melalui suatu notis bertulis, sebagai perlu—

(a)

bagi bayaran perbelanjaan asas, termasuk apa-apa bayaran bagi bahan makanan, sewa atau gadaian, ubat dan rawatan perubatan, cukai, premium insurans dan caj utiliti awam;

(b)

secara eksklusif bagi bayaran fi profesional yang munasabah dan pembayaran balik bagi perbelanjaan yang ditanggung yang berkaitan dengan peruntukan perkhidmatan guaman mengikut mana-mana undang-undang bertulis;

(c)

bagi bayaran fi atau caj perkhidmatan mengikut mana-mana undang-undang bertulis bagi pemegangan atau penyenggaraan lazim dana, aset kewangan atau sumber ekonomi yang dibekukan;

(d)

bagi bayaran apa-apa perbelanjaan luar biasa yang diluluskan oleh

Jawatankuasa Majlis Keselamatan; atau

(e)

dalam perkara mana-mana lien kehakiman, pentadbiran atau timbang tara atau penghakiman, yang dalam hal sedemikian dana, aset kewangan atau sumber ekonomi itu boleh digunakan untuk memenuhi lien atau penghakiman itu, dengan syarat lien atau penghakiman itu—

P.U. (A) 271 5

(i)

telah dibuat sebelum 3 Mac 2015; dan

(ii)

bukan bagi faedah orang yang ditetapkan.

(3)

Sesuatu institusi kewangan boleh mengkreditkan suatu akaun yang dibekukan di bawah subperaturan (1) dengan—

(a)

apa-apa faedah atau pendapatan lain yang kena dibayar atas akaun itu; atau

(b)

apa-apa bayaran yang kena dibayar di bawah apa-apa kontrak, perjanjian atau obligasi yang berbangkit sebelum 3 Mac 2015, dengan syarat bahawa institusi kewangan itu terus membekukan apa-apa faedah, pendapatan dan bayaran lain yang dikreditkan ke dalam akaun itu.

(4)

Sesuatu institusi kewangan boleh membenarkan orang yang ditetapkan untuk mengguna pakai dana, aset kewangan atau sumber ekonomi yang telah dibekukan di bawah subperaturan (1) bagi apa-apa bayaran yang kena dibayar di bawah suatu kontrak yang dibuat sebelum penetapan orang itu, dengan syarat bahawa Bank, melalui suatu notis bertulis, menentukan bahawa bayaran itu tidak, secara langsung atau tidak langsung, diterima oleh orang yang ditetapkan.

(5)

Pembekuan dana, aset kewangan dan sumber ekonomi di bawah subperaturan (1) hendaklah terhenti daripada terpakai bagi seseorang yang ditetapkan jika Majlis Keselamatan atau Jawatankuasa Majlis Keselamatan telah mengeluarkan nama orang yang ditetapkan itu daripada Ketetapan.

Kewajipan untuk memberi maklumat

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN BANK NEGARA MALAYSIA (PELAKSANAAN KETETAPAN MAJLIS KESELAMATAN BANGSA-BANGSA BERSATU YANG BERHUBUNGAN DENGAN REPUBLIK SUDAN SELATAN) 2016