Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN BANK NEGARA MALAYSIA (PELAKSANAAN KETETAPAN MAJLIS KESELAMATAN BANGSA-BANGSA BERSATU YANG BERHUBUNGAN DENGAN SUDAN) 2019

Seksyen 5

Pembekuan dana, aset kewangan dan sumber ekonomi

(1)

Sesuatu institusi kewangan hendaklah membekukan semua dana, aset kewangan dan sumber ekonomi yang dimiliki atau dikawal, sama ada secara langsung atau tidak langsung, oleh—

(a)

orang yang ditetapkan;

(b)

entiti yang dimiliki atau dikawal oleh orang yang ditetapkan; atau

(c)

entiti yang dimiliki atau dikawal oleh mana-mana orang yang bertindak bagi pihak, atau atas arahan, mana-mana orang yang ditetapkan.

(2)

Pembekuan dana, aset kewangan dan sumber ekonomi di bawah subperaturan (1) hendaklah terhenti daripada terpakai bagi seseorang yang ditetapkan jika Majlis Keselamatan atau Jawatankuasa Majlis Keselamatan telah mengeluarkan nama orang yang ditetapkan itu daripada Ketetapan.

Pencegahan dana, aset kewangan atau sumber ekonomi

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN BANK NEGARA MALAYSIA (PELAKSANAAN KETETAPAN MAJLIS KESELAMATAN BANGSA-BANGSA BERSATU YANG BERHUBUNGAN DENGAN SUDAN) 2019