Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(1)
Tiada institusi kewangan boleh memperuntukkan atau menyediakan apa-apa dana, aset kewangan atau sumber ekonomi kepada atau untuk manfaat—
P.U. (A) 38 4
(a)
orang yang ditetapkan;
(b)
entiti yang dimiliki atau dikawal oleh orang yang ditetapkan; atau
(c)
entiti yang dimiliki atau dikawal oleh mana-mana orang yang bertindak bagi pihak atau atas arahan, mana-mana orang yang ditetapkan.
(2)
Pencegahan terhadap dana, aset kewangan dan sumber ekonomi di bawah subperaturan (1) hendaklah terhenti daripada terpakai bagi orang yang ditetapkan jika
Majlis Keselamatan atau Jawatankuasa Majlis Keselamatan telah mengeluarkan nama orang yang ditetapkan daripada Ketetapan.
Pengecualian