Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN BANK NEGARA MALAYSIA (PELAKSANAAN KETETAPAN MAJLIS KESELAMATAN BANGSA-BANGSA BERSATU YANG BERHUBUNGAN DENGAN SUDAN) 2019

Seksyen 7

Subperaturan 5(1) dan 6(1) tidak terpakai bagi dana, aset kewangan dan sumber ekonomi yang telah ditentukan oleh Bank, melalui suatu notis bertulis, sebagai perlu—

(a)

bagi bayaran perbelanjaan asas, termasuk apa-apa bayaran bagi bahan makanan, sewa atau gadaian, ubat dan rawatan perubatan, cukai, premium insurans dan caj utiliti awam;

(b)

bagi bayaran fi profesional yang munasabah dan pembayaran balik bagi perbelanjaan yang ditanggung yang berkaitan dengan peruntukan perkhidmatan guaman mengikut mana-mana undang-undang bertulis;

(c)

bagi bayaran fi atau caj perkhidmatan mengikut mana-mana undang-undang bertulis, bagi pemegangan atau penyenggaraan lazim dana, aset kewangan atau sumber ekonomi yang dibekukan;

(d)

bagi bayaran apa-apa perbelanjaan luar biasa yang diluluskan oleh

Jawatankuasa Majlis Keselamatan; atau

(e)

dalam perkara mana-mana lien kehakiman, pentadbiran atau timbang tara atau penghakiman, yang dalam hal sedemikian dana, aset kewangan atau

P.U. (A) 38 5

sumber ekonomi itu boleh digunakan untuk memenuhi lien atau penghakiman itu, dengan syarat lien atau penghakiman itu—

(i)

telah dibuat sebelum 29 Mac 2005; dan

(ii)

bukan bagi faedah orang yang ditetapkan.

Kewajipan untuk memberi maklumat

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN BANK NEGARA MALAYSIA (PELAKSANAAN KETETAPAN MAJLIS KESELAMATAN BANGSA-BANGSA BERSATU YANG BERHUBUNGAN DENGAN SUDAN) 2019