Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(1)
Jika seseorang telah memohon perakuan dan permohonannya telah ditolak sebanyak dua kali dan Ketua Pengarah Bantuan Guaman mendapati bahawa kelakuan orang itu merupakan suatu penyalahgunaan kemudahan yang diperuntukkan oleh Akta,
Ketua Pengarah Bantuan Guaman bolehlah mengarahkan bahawa tiada pertimbangan boleh diberikan kepada apa-apa permohonan untuk perakuan oleh orang itu pada masa hadapan berkenaan dengan apa-apa perkara tertentu.
(2)
Peraturan ini tidak terpakai bagi permohonan untuk bantuan guaman oleh mana-mana orang bagi pihak seseorang budak.
Penjalanan prosiding oleh peguam