Malaysia legislation

Section 11

of PERATURAN-PERATURAN BANTUAN GUAMAN 2017

Seksyen 11

(1)

Apa-apa dokumen yang diserah oleh Ketua Pengarah Bantuan Guaman kepada peguam yang bertindak bagi orang yang dibantu hendaklah ditandakan “Bantuan Guaman”.

(2)

Melainkan jika diperuntukkan sedemikian oleh sesuatu perakuan, peguam orang yang dibantu tidak boleh mengambil apa-apa tindakan yang berikut tanpa kelulusan

Ketua Pengarah Bantuan Guaman terlebih dahulu:

(a)

untuk menambah mana-mana pihak lagi ke dalam prosiding itu;

(b)

untuk meminta apa-apa rekod mana-mana prosiding;

(c)

untuk membuat apa-apa rayuan interlokutori;

(d)

untuk mengarahkan lebih daripada satu peguam; atau

(e)

untuk mengadakan atau menolak apa-apa hak atau tuntutan yang mempunyai kesan yang sama seperti tindakan silang (selain tuntutan balas atau tolakan yang terbit daripada transaksi yang sama dan boleh diplidkan

13

sebagai pembelaan), atau untuk menjawab terhadap apa-apa hak atau tuntutan yang diadakan atau ditolak oleh mana-mana pihak lain.

(3)

Ketua Pengarah Bantuan Guaman boleh memberikan kuasa am kepada peguam yang bertindak bagi orang yang dibantu dalam mana-mana kelas kes yang tertentu untuk mendapatkan laporan atau pendapat pakar dan untuk seseorang saksi memberikan keterangan pakar.

(4)

Dalam memberikan suatu kebenaran, Ketua Pengarah Bantuan Guaman hendaklah menyatakan bilangan maksimum laporan atau pendapat pakar yang dibenarkan untuk didapatkan atau bilangan maksimum orang yang dibenarkan untuk memberi keterangan pakar dan jumlah fi maksimum yang boleh dibayar baginya.

(5)

Tiada pembayaran boleh dibuat bagi laporan atau pendapat pakar atau bagi keterangan saksi pakar yang dikemukakan oleh atau bagi pihak orang yang dibantu tanpa kebenaran Ketua Pengarah Bantuan Guaman.

(6)

Jika peguam orang yang dibantu mendapati bahawa adalah perlu untuk sesuatu perbuatan dilakukan untuk menjalankan sesuatu prosiding dengan sepatutnya, tetapi perbuatan itu tidak dibenarkan secara spesifik oleh Ketua Pengarah Bantuan Guaman, luar biasa sifatnya atau melibatkan perbelanjaan besar yang luar biasa, peguam orang yang dibantu itu hendaklah meminta kelulusan Ketua Pengarah Bantuan Guaman terlebih dahulu sebelum melakukan perbuatan itu.

(7)

Jika kelulusan terdahulu itu telah didapatkan, tiada persoalan mengenai kewajaran perbuatan itu boleh dibangkitkan pada masa penetapan antara peguam dengan klien mengikut peraturan 14.

(8)

Mana-mana peguam tidak boleh melepaskan dirinya daripada bertindak bagi orang yang dibantu tanpa kelulusan Ketua Pengarah Bantuan Guaman terlebih dahulu.

14

(9)

Peguam orang yang dibantu hendaklah memberikan Ketua Pengarah Bantuan

Guaman apa-apa maklumat berhubung dengan kemajuan dan penyelesaian prosiding yang berkaitan dengan perakuan itu sebagaimana yang dikehendaki Ketua Pengarah Bantuan

Guaman dari semasa ke semasa bagi maksud melaksanakan tugasnya di bawah Akta.

(10)

Tanpa menjejaskan keluasan subperaturan (9), peguam yang telah bertindak atau sedang bertindak bagi orang yang dibantu, apabila berpuas hati bahawa orang yang dibantu telah mati atau telah diisytiharkan bankrap, hendaklah melaporkan hal itu kepada

Ketua Pengarah Bantuan Guaman.

(11)

Peguam tidak boleh terhalang, oleh sebab apa-apa keistimewaan yang timbul daripada hubungan antara peguam dengan klien daripada menzahirkan kepada

Ketua Pengarah Bantuan Guaman apa-apa maklumat atau daripada memberikan apa-apa pendapat yang membolehkan Ketua Pengarah Bantuan Guaman melaksanakan tugasnya di bawah Akta atau Peraturan-Peraturan ini.

Penyampaian dokumen

Section 11 — PERATURAN-PERATURAN BANTUAN GUAMAN 2017