Skip to content

Seksyen 12

Penyampaian dokumen

of Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman 2017

P.U. (A)In forceProvision 12 of 17
Seksyen 12

(1)

Apa-apa dokumen yang dikehendaki untuk disampaikan di bawah Akta atau

Peraturan-Peraturan ini hendaklah disampaikan sama ada secara kediri atau melalui pos ke alamat yang terakhir diketahui orang yang dikehendaki disampaikan itu.

(2)

Jika orang yang dibantu menjadi pihak dalam prosiding, atau pihak dalam satu prosiding menjadi orang yang dibantu, Ketua Pengarah Bantuan Guaman hendaklah dengan serta-merta menyampaikan suatu salinan Borang IV Jadual Pertama kepada tiap-tiap pihak lain dalam prosiding itu.

(3)

Suatu salinan apa-apa dokumen yang disebut dalam peraturan ini hendaklah difailkan di mahkamah yang berkenaan dan hendaklah menjadi sebahagian daripada dokumen untuk kegunaan perbicaraan.

15