Malaysia legislation

Section 13

of PERATURAN-PERATURAN BANTUAN GUAMAN 2017

Seksyen 13

(1)

Tertakluk kepada subperaturan (6), semua wang yang kena dibayar kepada orang yang dibantu hendaklah dibayar kepada Ketua Pengarah Bantuan Guaman dan tiada orang lain boleh memberikan pelepasan yang sewajarnya bagi wang yang kena dibayar itu.

(2)

Bagi maksud subperaturan (1), wang yang kena dibayar kepada orang yang dibantu ialah—

(a)

wang yang kena dibayar menurut apa-apa perintah atau persetujuan yang dibuat berhubung dengan tindakan, kausa atau perkara yang berkenaan dengan perakuannya, sama ada persetujuan itu dibuat sebelum atau selepas prosiding sebenarnya dimulakan; atau

(b)

wang yang dibayar kepada mahkamah oleh mana-mana pihak yang kena dibayar atau terakru kena dibayar kepada orang yang dibantu dalam mana-mana prosiding yang berkaitan dengan perakuannya.

(3)

Setelah menerima wang yang dibayar kepada Ketua Pengarah Bantuan Guaman di bawah peraturan ini, Ketua Pengarah Bantuan Guaman hendaklah—

(a)

membayar kepada peguam orang yang dibantu, jika terpakai, kos prosiding mengikut peraturan 14;

(b)

menyimpan apa-apa jumlah wang yang dibayar menurut perintah atau persetujuan untuk kos yang dibuat bagi faedah orang yang dibantu itu;

(c)

menyimpan sejumlah wang sebanyak mana, jika ada, yang masih tidak dibayar berkenaan dengan apa-apa sumbangan di bawah seksyen 18 Akta atau apa-apa amaun yang telah dibelanjakan atau didahulukan untuk membayar perbelanjaan luar jangka di bawah seksyen 22 Akta;

16

(d)

menyimpan apa-apa kos prosiding yang dibawa oleh Ketua Pengarah

Bantuan Guaman di bawah perenggan 4(b), sebanyak mana yang kos itu belum didapati daripada orang yang terhadapnya prosiding itu telah dibawa; dan

(e)

membayar baki bersih daripada wang itu kepada orang yang dibantu.

(4)

Jika suatu perintah atau persetujuan dibuat dalam mana-mana prosiding untuk kos dibayar kepada orang yang dibantu atau untuk harta didapatkan atau dipertahankan bagi faedah orang yang dibantu dan terdapatnya tanggungan pertama ke atas harta itu bagi faedah Ketua Pengarah Bantuan Guaman menurut seksyen 18 Akta, Ketua Pengarah Bantuan

Guaman boleh—

(a)

menghendaki orang yang dibantu untuk membawa prosiding, sebagaimana prosiding yang boleh dibawa di bawah seksyen 12 Akta, sebagaimana yang diperlukan untuk menguatkuasakan atau memberikan kesan kepada perintah atau persetujuan itu; atau

(b)

meneruskan untuk menguatkuasakan apa-apa perintah atau persetujuan itu bagi wang dibayar melalui pengeluaran suatu saman penghakiman di mahkamah atas namanya, tanpa merujuk kepada orang yang dibantu itu, jika orang yang dibantu itu gagal, enggan atau tidak mampu untuk mengambil prosiding itu.

(5)

Ketua Pengarah Bantuan Guaman boleh menangguhkan pembayaran kepada peguam orang yang dibantu akan kos peguam berhubung dengan sesuatu prosiding sehingga peguam itu telah, pada pendapat Ketua Pengarah Bantuan Guaman, melaksanakan mana-mana peruntukan peraturan ini.

(6)

Peraturan ini tidak terpakai bagi wang yang kena dibayar di bawah undang-undang yang berhubungan dengan nafkah perempuan yang berkahwin dan

17

kanak-kanak yang sedang berkuat kuasa, dan bagi maksud subseksyen 18(4) Akta, ungkapan

“harta” tidak boleh dianggap termasuk apa-apa wang sedemikian yang kena dibayar.

Kos yang kena dibayar kepada peguam