Skip to content

Seksyen 15

Pelbagai

of Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman 2017

P.U. (A)In forceProvision 15 of 17
Seksyen 15

(1)

Jika mahkamah memberikan penghakiman atau membuat perintah muktamad dalam prosiding yang orang yang dibantu merupakan pihak, penghakiman atau perintah itu hendaklah mengandungi arahan bahawa kos orang yang dibantu itu hendaklah ditetapkan sebagaimana antara peguam dengan klien mengikut peraturan 14.

(2)

Dalam ketiadaan arahan itu, peguam orang yang dibantu itu atau Ketua Pengarah

Bantuan Guaman hendaklah membuat permohonan kepada mahkamah untuk suatu perintah sedemikian, dan kos permohonan dan penetapan itu hendaklah disifatkan sebagai kos dalam prosiding yang berkaitan dengan atau berhubungan dengan perakuan itu.