Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN BANTUAN GUAMAN 2017

Seksyen 3

Permohonan untuk perakuan bantuan guaman dalam tindakan sivil atau kes jenayah

(1)

Mana-mana orang yang berkehendakkan bantuan guaman dalam tindakan sivil atau kes jenayah boleh memohon suatu bantuan guaman dalam Borang I Jadual Pertama.

(2)

Bagi maksud tindakan sivil, pemohon hendaklah terlebih dahulu memenuhi kriteria dan ujian kemampuan menurut Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman (Kriteria dan

Ujian Kemampuan) 2017 [P.U. (A) 370/2017].

(3)

Tiap-tiap permohonan untuk bantuan guaman hendaklah mengandungi apa-apa maklumat dan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen yang perlu bagi membolehkan Ketua Pengarah Bantuan Guaman untuk menentukan—

3

(a)

jenis prosiding berhubung dengan bantuan guaman yang dipohon dan hal keadaan yang bantuan guaman dikehendaki; dan

(b)

persoalan sama ada munasabah suatu perakuan harus diberikan.

Permohonan bagi pihak budak