Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN BANTUAN GUAMAN 2017

Seksyen 4

(1)

Permohonan untuk bantuan guaman bagi seseorang budak dalam tindakan sivil atau kes jenayah hendaklah dibuat oleh seseorang yang cukup umur dan keupayaan bagi pihak budak itu dalam Borang IA Jadual Pertama, dan jika permohonan itu berkaitan dengan prosiding yang kaedah mahkamah menghendakinya untuk dimulakan atau dibela oleh wakil atau penjaga ad litem, pemohon itu mestilah wakil atau penjaga ad litem.

(2)

Bagi maksud tindakan sivil, pemohon hendaklah terlebih dahulu memenuhi kriteria dan ujian kemampuan menurut Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman (Kriteria dan

Ujian Kemampuan) 2017.

(3)

Tiap-tiap permohonan untuk bantuan guaman untuk seseorang budak hendaklah mengandungi apa-apa maklumat dan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen yang perlu bagi membolehkan Ketua Pengarah Bantuan Guaman untuk menentukan—

(a)

jenis prosiding berhubung dengan bantuan guaman yang dipohon dan hal keadaan yang bantuan guaman dikehendaki; dan

(b)

persoalan sama ada munasabah suatu perakuan harus diberikan.

(4)

Ketua Pengarah Bantuan Guaman tidak boleh mengeluarkan perakuan yang dipohon oleh seseorang bagi pihak budak melainkan jika seseorang itu telah menandatangani suatu aku janji untuk membayar kepada Ketua Pengarah Bantuan Guaman

(jika diminta berbuat demikian) apa-apa jumlah wang yang, menurut Akta atau Peraturan-Peraturan ini, Ketua Pengarah Bantuan Guaman boleh menghendaki orang yang dibantu

4

yang cukup umur dan keupayaan untuk membayar apabila perakuan itu dikeluarkan atau semasa perakuan itu berkuat kuasa atau apabila perakuan itu dibatalkan.

(5)

Apa-apa perakuan yang dikeluarkan di bawah peraturan ini hendaklah atas nama budak itu dan hendaklah juga menyatakan nama orang yang memohon perakuan itu bagi pihak budak itu.

(6)

Dalam apa-apa perkara yang berhubungan dengan pengeluaran, pindaan atau pembatalan suatu perakuan yang dikeluarkan di bawah peraturan ini, dan apa-apa perkara lain yang berbangkit seperti antara orang yang dibantu dengan Ketua Pengarah Bantuan

Guaman, orang yang memohon perakuan bagi pihak budak itu hendaklah dianggap bagi segala maksud, termasuklah penerimaan dokumen, sebagai ejen budak itu.

Pengeluaran perakuan

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN BANTUAN GUAMAN 2017