Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN BANTUAN GUAMAN 2017

Seksyen 5

(1)

Pengeluaran suatu perakuan oleh Ketua Pengarah Bantuan Guaman hendaklah dibuat dalam Borang II Jadual Pertama setelah penentuan kelayakan pemohon untuk mendapatkan khidmat bantuan guaman dalam tindakan sivil dipertimbangkan mengikut peruntukan Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman (Kriteria dan Ujian Kemampuan) 2017.

(2)

Bagi khidmat bantuan guaman selain tindakan sivil, pengeluaran perakuan oleh

Ketua Pengarah Bantuan Guaman hendaklah dibuat dalam Borang II Jadual Pertama.

(3)

Suatu perakuan kemudiannya boleh dikeluarkan berkenaan dengan prosiding dalam mahkamah mula-mula atau prosiding dalam mahkamah rayuan.

(4)

Kecuali rayuan interlokutori, tiada perakuan boleh berkaitan dengan kedua-dua prosiding dalam mahkamah mula-mula dan dalam mahkamah rayuan.

(5)

Suatu perakuan tidak boleh berkaitan dengan lebih daripada satu tindakan, kausa atau perkara, tetapi boleh termasuk prosiding untuk menguatkuasakan apa-apa perintah atau persetujuan seperti yang disebut dalam subperaturan 13(4).

5

(6)

Suatu perakuan boleh dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Bantuan Guaman berkenaan dengan prosiding yang berikut:

(a)

prosiding (selain prosiding interlokutori) dalam mahkamah rayuan dalam apa-apa tindakan, kausa atau perkara, yang pemohon ialah orang yang dibantu dalam mahkamah bawah; atau

(b)

prosiding dengan cara perbicaraan baharu yang diperintahkan oleh mahkamah rayuan yang di hadapannya pemohon ialah orang yang dibantu.

(7)

Bagi maksud subperaturan (3), amaun sumbangan boleh dikenakan berdasarkan sumber kewangan pemohon semasa prosiding mahkamah mula-mula.

(8)

Walau apa pun subperaturan (3), jika, selepas penentuan terakhir oleh Ketua

Pengarah Bantuan Guaman, disebabkan perubahan hal keadaan sumber kewangan pemohon, Ketua Pengarah Bantuan Guaman hendaklah menentukan semula sumber kewangan pemohon untuk menentukan kelayakannya untuk mendapatkan bantuan guaman dan amaun sumbangan yang kena dibayar.

(9)

Menjadi kewajipan orang yang dibantu untuk memberitahu Ketua Pengarah

Bantuan Guaman jika sumber kewangan pemohon semasa menjadi orang yang dibantu telah berubah dalam—

(a)

mahkamah mula-mula; atau

(b)

mahkamah rayuan.

(10)

Setelah permohonan untuk perakuan diluluskan, Ketua Pengarah Bantuan

Guaman hendaklah memaklumkan pemohon berkenaan dengan perkara-perkara yang berhubungan dengan kelulusan itu.

6

(11)

Ketua Pengarah Bantuan Guaman hendaklah mengeluarkan perakuan dalam

Borang II Jadual Pertama setelah pembayaran sumbangan dibuat oleh pemohon.

Pindaan perakuan