Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN BANTUAN GUAMAN 2017

Seksyen 6

Ketua Pengarah Bantuan Guaman boleh meminda suatu perakuan—

(a)

jika didapati terdapat kesalahan atau kesilapan dalam perakuan itu;

(b)

apabila pada pendapat Ketua Pengarah Bantuan Guaman bahawa perakuan itu perlu sama ada—

(i)

untuk dilanjutkan kepada prosiding yang lain, yang menjadi sebahagian daripada tindakan, kausa atau perkara yang sama yang berkaitan dengan perakuan itu atau prosiding untuk menguatkuasakan apa-apa perintah atau persetujuan yang disebut dalam subperaturan 13(4); atau

(ii)

untuk tidak dilanjutkan kepada prosiding tertentu berkenaan dengannya perakuan itu dikeluarkan;

(c)

apabila terdapat pertukaran peguam orang yang dibantu atau peguam melepaskan dirinya daripada bertindak bagi orang yang dibantu.

Pembatalan perakuan

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN BANTUAN GUAMAN 2017