Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(1)
Tertakluk kepada subperaturan (2), Ketua Pengarah Bantuan Guaman boleh membatalkan suatu perakuan—
(a)
pada bila-bila masa atas permintaan orang yang dibantu;
7
(b)
jika berlaku tunggakan pembayaran yang melebihi tiga puluh hari bagi apa-apa sumbangan, deposit berkenaan dengan perbelanjaan luar jangka atau pembayaran semula apa-apa amaun wang yang dibelanjakan atau didahulukan oleh Ketua Pengarah Bantuan Guaman untuk membayar perbelanjaan luar jangka;
(c)
jika Ketua Pengarah Bantuan Guaman berpuas hati bahawa prosiding yang berkaitan dengan perakuan itu telah selesai;
(d)
jika Ketua Pengarah Bantuan Guaman berpuas hati bahawa orang yang dibantu itu menghendaki prosiding itu dijalankan atau diteruskan secara tidak munasabah sehingga menyebabkan Ketua Pengarah Bantuan Guaman menanggung perbelanjaan yang tidak berjustifikasi;
(e)
jika Ketua Pengarah Bantuan Guaman berpuas hati bahawa orang yang dibantu itu telah dengan sengaja tidak mematuhi mana-mana peraturan mengenai maklumat yang diberikan olehnya, atau, semasa memberikan apa-apa maklumat itu, mengetahui bahawa orang yang dibantu telah membuat pernyataan palsu atau representasi palsu;
(f)
jika hasil daripada penentuan semula sumber kewangan orang yang dibantu, Ketua Pengarah Bantuan Guaman berpuas hati bahawa orang yang dibantu itu memiliki sumber kewangan yang melebihi lima puluh ribu ringgit setahun;
(g)
jika hasil daripada apa-apa maklumat yang sampai ke pengetahuannya,
Ketua Pengarah Bantuan Guaman berpendapat bahawa—
(i)
orang yang dibantu itu sudah tidak lagi mempunyai alasan yang munasabah untuk membawa, membela atau menjadi pihak kepada prosiding itu; atau 8
(ii)
orang yang dibantu itu sudah tidak lagi munasabah dalam keadaan tertentu untuk terus menerima bantuan guaman;
(h)
jika Ketua Pengarah Bantuan Guaman berpuas hati bahawa orang yang dibantu itu telah mati atau telah diisytiharkan bankrap; atau
(i)
jika Ketua Pengarah Bantuan Guaman berpuas hati bahawa orang yang dibantu itu telah melanggar apa-apa terma perakuan yang dikeluarkan kepada orang yang dibantu.
(2)
Suatu perakuan tidak boleh dibatalkan di bawah perenggan 7(1)(d) atau (g)
sehingga orang yang dibantu itu telah diberi peluang untuk menunjukkan sebab mengapa perakuan itu tidak boleh dibatalkan.
(3)
Apabila Ketua Pengarah Bantuan Guaman membatalkan perakuan seseorang yang dibantu, Ketua Pengarah Bantuan Guaman hendaklah dengan serta-merta mengeluarkan notis pembatalan kepada orang yang dibantu itu.
(4)
Jika perakuan yang dibatalkan itu telah difailkan di mana-mana mahkamah,
Ketua Pengarah Bantuan Guaman hendaklah dengan serta-merta memfailkan suatu pemberitahuan dalam Borang III Jadual Pertama di mahkamah itu.
Kesan pembatalan perakuan