Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(1)
Tertakluk kepada peraturan ini, orang yang dibantu yang perakuannya telah dibatalkan hendaklah dari tarikh pembatalan perakuan itu, terhenti daripada menjadi orang yang dibantu dalam prosiding yang berkaitan dengan perakuan itu.
(2)
Apabila orang yang dibantu telah menerima notis pembatalan perakuan oleh
Ketua Pengarah Bantuan Guaman, retainer mana-mana peguam, jika ada, yang bertindak
9
bagi orang yang dibantu itu dalam prosiding yang berkaitan dengan perakuan itu hendaklah tamat dengan serta-merta.
(3)
Apabila tamatnya prosiding di bawah peraturan ini—
(a)
kos prosiding yang berkaitan dengan perakuan itu, yang ditanggung oleh atau bagi pihak orang yang telah dikeluarkan perakuan itu, hendaklah dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas itu, ditetapkan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, dinilai mengikut Peraturan-Peraturan ini;
(b)
Ketua Pengarah Bantuan Guaman hendaklah masih bertanggungan untuk membayar apa-apa kos yang ditetapkan atau dinilai itu.
(4)
Tertakluk kepada subperaturan (5), jika suatu perakuan dibatalkan, orang yang baginya perakuan itu dikeluarkan hendaklah masih bertanggungan untuk membayar sumbangannya, jika ada, sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Bantuan
Guaman bagi amaun yang telah dibayar dan kena dibayar oleh Ketua Pengarah Bantuan
Guaman di bawah perenggan 3(b).
(5)
Jika perakuan telah dibatalkan menurut perenggan 7(1)(e)—
(a)
Ketua Pengarah Bantuan Guaman mempunyai hak untuk mendapatkan kembali daripada orang yang perakuan telah dikeluarkan kepadanya, kos yang telah dibayar dan kena dibayar di bawah perenggan 3(b), dengan ditolak apa-apa amaun yang diterima daripadanya melalui sumbangan; dan
(b)
Ketua Pengarah Bantuan Guaman atau peguam yang telah bertindak dalam prosiding itu mempunyai hak untuk mendapatkan kembali daripada orang itu perbezaan antara amaun yang telah dibayar atau kena dibayar oleh
Ketua Pengarah Bantuan Guaman dan amaun penuh Ketua Pengarah
10
Bantuan Guaman atau peguamnya dan kos klien sendiri sebagaimana yang ditetapkan atau dipersetujui.
(6)
Jika orang yang perakuannya telah dibatalkan terus menjadi pihak dalam prosiding yang berkaitan dengan perakuan itu,—
(a)
seksyen 25 Akta yang berkaitan dengan jumlah wang yang didapatkan menurut suatu penyelesaian atau kompromi yang berhubungan dengan kos yang dibuat bagi faedah orang yang dibantu hendaklah terpakai setakat kos yang ditanggung semasa dia merupakan orang yang dibantu;
(b)
seksyen 23 Akta yang berkaitan dengan liabiliti orang yang dibantu menurut suatu perintah bagi kos yang dibuat terhadapnya hendaklah terpakai setakat kos yang ditanggung semasa dia merupakan orang yang dibantu; dan
(c)
seksyen 18 Akta yang memperuntukkan mengenai cagaran ke atas harta yang didapatkan atau dipertahankan bagi faedah orang yang dibantu hendaklah terpakai bagi mana-mana harta yang didapatkan atau dipertahankan.
(7)
Jika perakuan dibatalkan menurut perenggan 7(1)(a), Ketua Pengarah Bantuan
Guaman boleh menghalang permohonan bantuan guaman daripada orang yang sama mengenai kausa tindakan yang sama pada masa hadapan jika Ketua Pengarah Bantuan
Guaman mendapati bahawa kelakuan orang itu merupakan suatu penyalahgunaan kemudahan yang diperuntukkan oleh Akta.
11
Bantuan guaman diberikan selepas permulaan prosiding