Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(1)
Jika suatu prosiding telah dimulakan dalam mana-mana mahkamah, mana-mana pihak yang menjadi orang yang dibantu berkenaan dengan prosiding itu, Ketua Pengarah
Bantuan Guaman hanya bertanggungan terhadap segala kos prosiding itu yang ditanggung semasa perakuan itu berkuat kuasa.
(2)
Mana-mana peguam yang telah bertindak dalam prosiding bagi pihak orang yang dibantu sebelum tarikh perakuan, dan mana-mana peguam yang mempunyai lien di bawah undang-undang ke atas apa-apa dokumen yang diperlukan untuk prosiding yang berkaitan dengan perakuan itu dan telah menyerahkan dokumen itu tertakluk kepada liennya, bolehlah memberitahu fakta itu kepada Ketua Pengarah Bantuan Guaman.
(3)
Tertakluk kepada subperaturan (4), jika ganti rugi atau kos didapatkan bagi orang yang dibantu dalam prosiding itu, Ketua Pengarah Bantuan Guaman hendaklah membayar kepada peguam itu daripada jumlah wang yang didapatkan kos yang peguam itu berhak secara penetapan antara peguam dengan klien.
(4)
Jika jumlah wang yang didapatkan adalah tidak mencukupi untuk membayar kos itu dengan sepenuhnya dan juga untuk membayar tanggungan bersih Ketua Pengarah
Bantuan Guaman terhadap akaun orang yang dibantu, jumlah wang yang didapatkan dalam prosiding itu hendaklah dibahagikan antara Ketua Pengarah Bantuan Guaman dengan peguam berkadaran dengan amaun yang terhutang kepada masing-masing, dan tanggungan pertama bagi faedah Ketua Pengarah Bantuan Guaman yang dikenakan di bawah subseksyen 18(4) Akta ke atas harta yang didapatkan atau dipertahankan dalam prosiding itu hendaklah berkuat kuasa dengan sewajarnya.
(5)
Dalam mana-mana kes jika tidak terdapat sebarang perintah untuk penetapan, amaun kos hendaklah ditetapkan oleh Ketua Pengarah Bantuan Guaman.
12
Perakuan ditolak berulang kali