Seksyen 3
Sumbangan
of Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman (Fi dan Sumbangan ) 2017
P.U. (A)In forceProvision 3 of 4
Seksyen 3
(1)
Amaun sumbangan yang kena dibayar di bawah subseksyen 16(2), 16A(2)
dan 29H(3) Akta berkenaan dengan sumber kewangan setahun sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Kedua hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (3), (4) atau (5) Jadual Kedua, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2)
Amaun sumbangan yang dinyatakan dalam subperaturan (1) hendaklah dibayar kepada Ketua Pengarah Bantuan Guaman mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Bantuan Guaman.