Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN BANTUAN GUAMAN (KRITERIA DAN UJIAN KEMAMPUAN) 2017
Seksyen 3
Kriteria bagi pemberian perakuan bantuan guaman
Mana-mana orang layak memohon untuk dipertimbangkan bagi suatu pemberian perakuan bantuan guaman dalam tindakan sivil, jika Ketua Pengarah Bantuan Guaman berpuas hati bahawa orang itu memenuhi kriteria yang berikut:
(a)
bagi perenggan 15(2)(b) Akta, orang itu lulus ujian kemampuan yang dijalankan ke atasnya dan dikategorikan di bawah perenggan 4(4)(a);
(b)
bagi perenggan 16(1)(b) Akta, orang itu lulus ujian kemampuan yang dijalankan ke atasnya dan dikategorikan di bawah perenggan 4(4)(b)
hingga (f);
P.U. (A) 370 3
(c)
orang itu berpotensi untuk mendapatkan bantuan daripada pihak lain bagi membiayai khidmat guamannya, tetapi atas sebab yang munasabah, tidak mendapat bantuan itu;
(d)
prosiding yang hendak dibawa oleh orang itu memberi manfaat hanya kepada orang itu dan tiada orang lain yang semunasabahnya dijangka mendapat manfaat daripada prosiding itu;
(e)
orang itu tidak dapat menyelesaikan prosiding yang bantuan guaman dipohon, tanpa mendapatkan khidmat guaman; dan
(f)
orang itu memohon khidmat bantuan guaman yang prosiding tidak termasuk dalam hal keadaan yang boleh membawa kerumitan yang tidak munasabah kepada Ketua Pengarah Bantuan Guaman dalam menjalankan prosiding itu.
Ujian kemampuan