Malaysia legislation
Section 4
of PERATURAN-PERATURAN BANTUAN GUAMAN (KRITERIA DAN UJIAN KEMAMPUAN) 2017
Seksyen 4
(1)
Sebelum penentuan bagi kelayakan seseorang itu untuk mendapatkan khidmat bantuan guaman dalam tindakan sivil dibuat, suatu ujian kemampuan hendaklah dijalankan ke atas orang itu yang orang itu dikehendaki untuk—
(a)
menyatakan maklumat yang lengkap berkenaan dengan sumber kewangan dan tanggungan orang itu dalam borang ujian kemampuan yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Bantuan Guaman; dan
(b)
menyediakan dokumen sokongan bagi sumber kewangan dan tanggungan sebagaimana yang dinyatakan dalam borang ujian kemampuan.
(2)
Setelah melengkapkan borang ujian kemampuan, borang itu hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Bantuan Guaman bersama dengan semua dokumen yang berkaitan yang berhubungan dengan sumber kewangan dan tanggungan orang itu.
P.U. (A) 370 4
(3)
Setelah menerima borang ujian kemampuan itu, Ketua Pengarah Bantuan
Guaman hendakllah menentukan kemampuan orang itu dengan mengambil kira tanggungan orang itu sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual dengan merujuk kepada dokumen sokongan yang dikemukakan oleh orang itu.
(4)
Penilaian ujian kemampuan bagi orang itu ditentukan mengikut kategori yang berikut:
(a)
sumber kewangan tahunan yang berjumlah RM30,000 dan ke bawah;
(b)
sumber kewangan tahunan yang berjumlah RM30,001 hingga
RM35,000;
(c)
sumber kewangan tahunan yang berjumlah RM35,001 hingga
RM40,000;
(d)
sumber kewangan tahunan yang berjumlah RM40,001 hingga
RM45,000;
(e)
sumber kewangan tahunan yang berjumlah RM45,001 hingga
RM50,000; dan
(f)
sumber kewangan tahunan yang berjumlah RM50,001 dan ke atas.
(5)
Kecuali bagi orang itu di bawah kategori yang dinyatakan dalam perenggan 4(a), setiap orang di bawah kategori yang dinyatakan dalam subperaturan (4) akan dikenakan suatu amaun sumbangan sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Kedua kepada Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman
(Fi dan Sumbangan) 2017 [P.U. (A) 371/2017].
(6)
Walau apa pun peraturan ini, dalam menjalankan ujian kemampuan,
Ketua Pengarah Bantuan Guaman boleh, jika difikirkannya patut, mengarahkan orang
P.U. (A) 370 5
itu untuk mengemukakan apa-apa maklumat dan dokumen tambahan bagi menyokong ujian kemampuan itu.
(7)
Bagi maksud khidmat pendamping guaman, ujian kemampuan hendaklah dijalankan ke atas orang itu semata-mata bagi sebab untuk menentukan jumlah sumbangan yang akan dikenakan dan bukan untuk penentuan kelayakan orang itu mendapatkan khidmat pendamping guaman itu.