Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN BEKALAN ELEKTRIK (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2017

Seksyen 4

(1)

Jika suatu tawaran untuk mengkompaun kesalahan disetuju terima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat, dia boleh membayar kompaun itu—

3

(a)

secara tunai dan bayaran itu hendaklah diserahkan sendiri kepada

Suruhanjaya; atau

(b)

melalui kiriman wang, kiriman wang pos, pesanan juruwang, cek jurubank atau draf bank yang kena dibayar kepada Suruhanjaya dan dipalang dengan perkataan “Akaun Penerima Sahaja”.

(2)

Jika bayaran dibuat di bawah perenggan (1)(b), ia hendaklah diserahkan sendiri atau dihantar melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada Suruhanjaya.

(3)

Suruhanjaya hendaklah mengeluarkan suatu resit rasmi bagi setiap pembayaran yang diterima di bawah peraturan ini kepada orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.

Pembatalan

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN BEKALAN ELEKTRIK (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2017