Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN BEKALAN GAS (PINDAAN) 2014

Seksyen 3

"Peraturan-Peraturan ibu" dalam Peraturan–Peraturan ini, dipinda—

(a)

dalam subperaturan (1), dengan menggantikan perkataan “pada” dengan perkataan “pada mana-mana”;

(b)

dalam subperaturan (1), dengan menggantikan perkataan “atau sambungan gas” dengan perkataan “, pepasangan gas tambahan atau sambungan pepasangan gas”; dan 3

(c)

dengan memasukkan selepas subperaturan (3) subperaturan yang berikut:

“(4)

Semua terma dan syarat kelulusan untuk memasang hendaklah dipatuhi oleh—

(a)

pemunya pepasangan itu;

(b)

orang kompeten yang dilantik untuk memberi nasihat mengenai kerja pada pepasangan itu, setakat skop kerjanya;

dan

(c)

Kontraktor Gas yang berdaftar dengan Suruhanjaya, yang menjalankan kerja-kerja pada pepasangan, seperti yang terkandung dalam suatu kelulusan untuk memasang yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya menurut subperaturan (3).

(5)

Fi yang kena dibayar untuk memproses permohonan dan pengeluaran kelulusan untuk memasang adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam Bahagian I Jadual Ketiga.”.

Pindaan peraturan 16

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN BEKALAN GAS (PINDAAN) 2014