Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Peraturan 118 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dengan menomborkan semula peraturan 118 sebagai subperaturan 118(1); dan
(b)
dengan memasukkan selepas subperaturan (1) subperaturan yang berikut:
“(2)
Jika Perakuan Kelulusan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya hilang, dicuri, termusnah, lusuh, atau rosak, suatu Perakuan gantian boleh dikeluarkan oleh Suruhanjaya apabila suatu akuan berkanun bahawa salinan asal Perakuan telah hilang, dicuri atau termusnah dikemukakan oleh pemegang ataupun apabila salinan asal Perakuan yang lusuh atau rosak itu diserah balik.
(3)
Fi bagi perakuan gantian yang dikeluarkan di bawah subperaturan
(2)
adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam Bahagian II Jadual Ketiga.”.
Pindaan Jadual Ketiga