Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN BEKALAN GAS (PINDAAN) 2025

Seksyen 3

“Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda—

(a)

dengan memasukkan sebelum takrif “gegasan gas” takrif yang berikut:

‘ “aksesori gas” termasuklah apa-apa pengesan gas, pita pembalut, klip gas, kapit gas, pita kedap atau apa-apa item yang digunakan atau dipasang sebagai suatu aksesori kepada mana-mana talian paip pengagihan atau sistem perpaipan;’;

(b)

dalam takrif “gegasan gas”—

(i)

dengan memotong perkataan

“yang digunakan sebagai penyambung”; dan

(ii)

dengan memasukkan selepas perkataan “pengganding,” perkataan

“bebibir, hos, penyambung peralihan, tiub, paip,”;

(c)

dengan memasukkan selepas takrif “Jurutera Gas” takrif yang berikut:

‘ “kebenaran untuk bekerja” ertinya suatu kebenaran yang diperoleh di bawah peraturan 61;’;

(d)

dengan memotong takrif “kelengkapan gas”;

4

(e)

dengan memasukkan sebelum takrif “kerja” takrif yang berikut:

‘ “Kelulusan untuk Memasang” ertinya kelulusan yang disebut dalam peraturan 15;

“Kelulusan untuk Mengendali” ertinya kelulusan yang disebut dalam peraturan 16;’;

(f)

dengan menggantikan takrif “kerja” dengan takrif yang berikut:

‘ “kerja” ertinya kerja yang berikut:

(a)

memasang talian paip pengagihan atau sistem perpaipan;

(b)

membina, mentauliah, membersih, menguji, memasang, gas masuk, mengendali, menyenggara, menservis, melaras, membaiki, mengubah atau membaharui talian paip pengagihan atau sistem perpaipan;

(c)

mengubah kedudukan talian paip pengagihan atau sistem perpaipan; atau

(d)

mengalihkan talian paip pengagihan atau sistem perpaipan;’;

(g)

dalam takrif

“membersihkan”, dengan menggantikan perkataan

“paip perkhidmatan gas, meter, kelengkapan gas atau perkakas gas”

dengan perkataan “talian paip pengagihan atau sistem perpaipan”;

(h)

dengan menggantikan takrif “orang bertanggungjawab” dengan takrif yang berikut:

‘ “orang bertanggungjawab” ertinya mana-mana orang yang dilantik di bawah peraturan 102A;’;

5

(i)

dengan memotong takrif “paip gas utama”;

(j)

dengan memotong takrif “Pemegang Lesen Gas Persendirian”;

(k)

dengan memotong takrif “Pemegang Lesen Penggunaan Gas”;

(l)

dengan memotong takrif “pepasangan gas domestik”;

(m)

dengan menggantikan takrif “pepasangan gas tambahan” dengan takrif yang berikut:

‘ “pepasangan tambahan" ertinya suatu tambahan apa-apa talian paip kepada pepasangan yang sedia ada dalam talian paip pengagihan atau sistem perpaipan, termasuk pengubah laluan, yang tidak ditunjukkan dalam lukisan yang telah diluluskan bagi pepasangan sedia ada;’;

(n)

dengan memasukkan selepas takrif “pepasangan gas tambahan” takrif yang berikut:

‘ “pindaan” ertinya apa-apa pindaan kepada pepasangan sedia ada dalam talian paip pengagihan atau sistem perpaipan termasuk apa-apa penggantian tetapi tidak termasuk apa-apa pepasangan tambahan;’;

(o)

dengan memotong takrif “perkakas gas”;

(p)

dengan memasukkan selepas takrif “pindaan” sebagaimana yang dimasukkan takrif yang berikut:

‘ “sistem perpaipan domestik” ertinya sistem perpaipan dalam sebuah rumah kediaman persendirian yang tidak digunakan dalam mana-mana hotel atau rumah tumpangan atau bagi maksud

6

menjalankan apa-apa perniagaan, perdagangan atau profesion atau bagi menyediakan apa-apa perkhidmatan;’; dan

(q)

dalam takrif “tekanan pengendalian”, dengan menggantikan perkataan

“sistem gas”

dengan perkataan

“talian paip pengagihan atau sistem perpaipan”.

Pindaan peraturan 3

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN BEKALAN GAS (PINDAAN) 2025