Malaysia legislation

Section 12

of PERATURAN-PERATURAN BEKALAN PEMEGANG LESEN (PINDAAN) 2025

Seksyen 12

Peraturan 11 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dalam subperaturan (1), dengan menggantikan perkataan “tenaga”

dengan perkataan “elektrik”;

(b)

dalam subperaturan (2)—

(i)

dalam perenggan (e), dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan itu;

P.U. (A) 335 14

(ii)

dalam perenggan

(f)

, dengan menggantikan perkataan

“pemasangan yang salah,” dengan perkataan “pemasangan meter yang salah;”;

(iii)

dengan memasukkan selepas perenggan (f) perenggan yang berikut:

“(g)

pengebilan yang salah; atau

(h)

kegagalan komunikasi dalam hal suatu meter pintar atau suatu meter yang dipasang dengan fungsi telepemeteran,”;

(iv)

dengan menggantikan perkataan “keadaan caj terkurang atau terlebih tersebut:” dengan perkataan “keadaan caj terkurang atau terlebih itu.”; dan

(v)

dengan memotong proviso;

(c)

dengan memasukkan selepas subperaturan (2) subperaturan yang berikut:

Jika seseorang pengguna telah dicaj terkurang atau terlebih di bawah subperaturan (2), pemegang lesen hendaklah memaklumkan pengguna dengan menyampaikan suatu notis bertulis serta merta selepas menyedari keadaan caj terkurang atau terlebih itu.

Tertakluk kepada subperaturan (2)—

(a)

dalam hal keadaan caj terkurang, pelarasan secara ke belakang hendaklah dibuat bermula dari tarikh notis yang disebut dalam subperaturan

(2A)

disampaikan kepada pengguna, bagi suatu tempoh sehingga tiga bulan ke belakang; dan

P.U. (A) 335 15

(b)

dalam hal keadaan caj terlebih, pelarasan secara ke belakang hendaklah dibuat bermula dari tarikh berlakunya keadaan terlebih caj itu.

(2C)

Suruhanjaya boleh tidak membenarkan apa-apa pelarasan secara ke belakang jika—

(a)

keadaan terkurang caj berlaku disebabkan kecuaian atau salah laku pemegang lesen; atau

(b)

keadaan terlebih caj berlaku disebabkan kecuaian atau salah laku pengguna.

(2D)

Apa-apa pelarasan secara ke belakang yang dibuat di bawah subperaturan (2) tidak boleh dimasukkan dalam bil yang dikeluarkan kepada pengguna.”;

(d)

dalam subperaturan (3), dengan menggantikan perkataan “tenaga” dengan perkataan “elektrik”;

(e)

dengan memasukkan selepas subperaturan (3) subperaturan yang berikut:

“(3A)

Peraturan ini tidak terpakai bagi apa-apa hal atau keadaan yang berhubungan dengan kesalahan di bawah subseksyen 37(1), (3) atau (14) atau seksyen 38 Akta.”; dan

(f)

dalam subperaturan (4), (5) dan (6), dengan memasukkan selepas perkataan “tarif” di mana-mana jua terdapat perkataan “dan caj”.

P.U. (A) 335 16

Pindaan peraturan 12

Section 12 — PERATURAN-PERATURAN BEKALAN PEMEGANG LESEN (PINDAAN) 2025