Malaysia legislation
Section 13A
of PERATURAN-PERATURAN BEKALAN PEMEGANG LESEN (PINDAAN) 2025
Seksyen 13A
(1)
Apabila suatu meter prabayar dipasang di premis pengguna, pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa meter prabayar itu dapat memberi amaran kepada pengguna apabila baki prabayar telah mencapai suatu ambang minimum.
(2)
Melainkan jika pengguna membuat pembayaran kepada pemegang lesen untuk meneruskan bekalan elektrik, pemegang lesen boleh memberhentikan bekalan elektrik di premis pengguna selepas unit atau kredit yang dibeli telah digunakan sepenuhnya dan unit atau kredit kecemasan yang dibenarkan telah dihabiskan tanpa apa-apa notis lanjut.
(3)
Pemegang lesen hendaklah mengenakan caj kepada pengguna bagi bekalan elektrik selepas hari yang unit atau kredit yang dibeli itu telah digunakan sepenuhnya sehingga bekalan elektrik itu diberhentikan.
(4)
Caj yang disebut dalam subperaturan (3)
hendaklah dimasukkan kepada unit atau kredit yang dibeli oleh pengguna semasa penyambungan semula bekalan elektrik.
P.U. (A) 335 18
(5)
Dalam hal meter pintar atau meter yang dipasang dengan fungsi telepemeteran, pemegang lesen hendaklah—
(a)
memastikan bahawa tiada perubahan dibuat kepada metrologi meter pintar atau meter yang dipasang dengan fungsi telepemeteran melalui sistem komunikasi;
(b)
bertanggungjawab untuk menjaga integriti bagi semua data yang disampaikan dan disimpan ke pusat data dalam sistem;
(c)
memastikan bahawa paparan daftar pada meter pintar atau meter yang dipasang dengan fungsi telepemeteran membolehkan pengguna mengesahkan penggunahabisan elektriknya;
(d)
memastikan keselamatan data; dan
(e)
memastikan bahawa proses pemberhentian jarak jauh dilaksanakan dengan sewajarnya dengan pemberitahuan yang berpatutan kepada pengguna sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta.”.
P.U. (A) 335 19
Pindaan Jadual