Malaysia legislation
Section 16
of PERATURAN-PERATURAN BEKALAN PEMEGANG LESEN (PINDAAN) 2025
Seksyen 16
Jadual kepada Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan Borang A dengan borang yang berikut:
“Borang A
[Subperaturan 6A(1)]
MALAYSIA
NEGERI ……………………………………..
Kepada:
………………………………………
………………………………………
Tuan/Puan/Cik/Tetuan,
NOTIS PEMOTONGAN BEKALAN ELEKTRIK DI BAWAH SUBSEKSYEN 38(1)
Sila ambil perhatian bahawa pada ……………..........….......................................... (tarikh) pada
...................................... (masa), suatu pemeriksaan telah dilakukan terhadap pepasangan kami di premis anda. Daripada pemeriksaan itu, kami mendapati bahawa pepasangan tersebut telah diganggu atau diubah suai dalam bentuk dan cara yang dinyatakan seperti yang berikut:
...........……………………………………………………………………………………………………………………………
(nyatakan modus operandi kesalahan)
Berdasarkan keterangan di atas, pihak kami berpandangan bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 (“Akta”) seperti yang berikut:
P.U. (A) 335 20
• Subseksyen 37(1)*
mengganggu atau melaraskan apa-apa pepasangan atau bahagiannya atau mengilang atau mengimport atau menjual apa-apa kelengkapan sehingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan bahaya kepada nyawa atau anggota badan manusia atau kerosakan pada mana-mana kelengkapan atau harta lain;
• Subseksyen 37(3)*