Skip to content

Seksyen 2B

of Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen (Pindaan) 2025

P.U. (A)In forceProvision 5 of 20

Seksyen 2B

(1)

Jika pemegang lesen mendapati bahawa maklumat atau dokumen yang dikemukakan oleh pemunya atau penduduk mana-mana premis atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh pemunya atau penduduk bagi pembekalan elektrik kepada premis itu di bawah peraturan 2A adalah tidak benar, tidak tepat atau tidak lengkap, pemegang lesen boleh menolak permintaan bagi pembekalan elektrik itu.

(2)

Dalam hal keadaan jika pembekalan elektrik telah diberikan oleh pemegang lesen dan jika pemegang lesen mendapati, pada bila-bila masa selepas itu, maklumat atau dokumen yang dikemukakan oleh pemunya atau penduduk premis atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh pemunya atau penduduk bagi pembekalan elektrik kepada premis itu di bawah subperaturan 2A adalah tidak benar, tidak tepat atau

P.U. (A) 335 4

tidak lengkap, pemegang lesen boleh memberhentikan pembekalan itu.

Tanggungjawab pemegang lesen dan pengguna.