Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(1)
Jika hak keutamaan dituntut disebabkan suatu permohonan untuk pendaftaran suatu cap dagangan difailkan di negara Konvensyen atau negara asing yang diisytiharkan, pemohon hendaklah memasukkan butir-butir tuntutan itu dalam permohonan pendaftaran cap dagangan itu pada masa memfailkan permohonan itu atau tidak lewat dari tiga hari dari tarikh pemfailan permohonan itu.
(2)
Butir-butir yang disebut dalam subperaturan (1) adalah seperti yang berikut:
(a)
negara Konvensyen atau negara asing yang diisytiharkan dan tarikh pemfailan permohonan keutamaan itu, atau jika terdapat lebih daripada satu permohonan keutamaan, tarikh pemfailan bagi setiap permohonan keutamaan, yang telah difailkan;
(b)
barang-barang atau perkhidmatan yang berkenaan dengannya hak keutamaan itu dituntut yang berasaskan—
(i)
hak keutamaan berkenaan dengan beberapa atau semua barang-barang atau perkhidmatan yang pendaftarannya dipohon dalam permohonan keutamaan itu; atau
(ii)
hak keutamaan lebih daripada satu permohonan keutamaan.
P.U. (A) 373 20
(3)
Bagi maksud menuntut tarikh keutamaan, selepas tarikh pemfailan permohonan itu tetapi dalam masa tiga hari dari pemfailan itu, pemohon hendaklah memfailkan suatu permintaan untuk meminda permohonan itu disertai pembayaran fi ditetapkan.
(4)
Pendaftar boleh, jika tidak berpuas hati dengan butir-butir yang diberikan di bawah subperaturan (2), menghendaki pemohon untuk memfailkan suatu perakuan daripada pihak berkuasa kompeten negara Konvensyen atau negara asing yang diisytiharkan yang berkenaan yang memperaku atau mengesahkan—
(a)
tarikh pemfailan permohonan keutamaan;
(b)
gambaran cap dagangan itu; dan
(c)
barang-barang atau perkhidmatan yang diliputi dalam permohonan keutamaan itu.
(5)
Jika Pendaftar menghendaki pemohon untuk memfailkan perakuan di bawah subperaturan (4), pemohon hendaklah memfailkan perakuan itu dalam masa dua bulan dari tarikh penolakan sementara itu yang jika tidak dipatuhi Pendaftar tidak akan menimbangkan tuntutan tarikh keutamaan.
(6)
Jika perakuan yang disebut dalam subperaturan (4) bukan dalam bahasa
Inggeris, hendaklah dilampirkan kepada perakuan itu suatu terjemahan dalam bahasa
Inggeris bagi kandungan perakuan itu.
Pengelasan barang-barang atau perkhidmatan