Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN CAP DAGANGAN 2019

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“ejen” ertinya seorang ejen cap dagangan berdaftar yang namanya dicatatkan dalam Daftar Ejen Cap Dagangan;

“Jurnal” ertinya Jurnal Rasmi Harta Intelek yang disiarkan oleh Pendaftar di bawah seksyen 148 Akta; dan

“permohonan transformasi” ertinya suatu permohonan untuk mendaftarkan suatu cap dagangan jika cap dagangan itu adalah hal perkara suatu pendaftaran antarabangsa sebelum pendaftaran antarabangsa itu dipotong.

P.U. (A) 373 13