Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN CAP DAGANGAN 2019

Seksyen 4

(1)

Pendaftar hendaklah menolak untuk mendaftarkan suatu cap dagangan jika cap dagangan itu mengandungi atau terdiri daripada mana-mana tanda yang berikut atau suatu tanda yang hampir serupa dengan mana-mana tanda itu atau yang berkemungkinan disalah anggap sebagai tanda itu, melainkan jika berhubung dengan perenggan (m), (n), (o) dan (p) kebenaran orang atau pihak berkuasa yang berhak untuk memberikan kebenaran telah diperoleh bagi penggunaan tanda itu bagi maksud pendaftaran dan penggunaan cap dagangan itu:

(a)

perkataan “Untuk melancung ialah pemalsuan”, “Cap Dagangan

Berdaftar”, “Cap Perkhidmatan Berdaftar”, atau apa-apa perkataan yang mempunyai kesan yang sama dalam apa-apa bahasa;

(b)

perkataan "Bunga Raya" dan gambaran bunga raya atau apa-apa tiruan yang kutaha;

(c)

gambaran bagi atau perkataan yang merujuk Seri Paduka Baginda

Yang di-Pertuan Agong, Pemimpin Negeri atau apa-apa tiruan yang kutaha;

P.U. (A) 373 14

(d)

gambaran apa-apa istana diraja atau apa-apa bangunan yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri atau mana-mana kerajaan asing atau apa-apa tiruan yang kutaha;

(e)

perkataan "ASEAN" dan gambaran logo ASEAN atau apa-apa tiruan yang kutaha;

(f)

perkataan "Red Crescent" atau “Geneva Cross";

(g)

gambaran Red Crescent, Geneva Cross dan salib lain, yang berwarna merah atau apa-apa gambaran warna yang hampir serupa;

(h)

perkataan “Swiss Federal Cross”, dan gambaran Swiss Federal Cross dalam warna putih atau perak dan berlatar merah, atau warna yang hampir serupa;

(i)

gambaran yang merujuk “lambang kebangsaan” sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Lambang Kebangsaan

(Kawalan Mempamer) 1949 [Akta 193];

(j)

gambaran yang merujuk “lambang ternyata” sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Lambang dan Nama

(Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1963 [Akta 414];

(k)

gambaran, atau moto bagi atau perkataan yang merujuk lencana atau tanda yang digunakan untuk menunjukkan seseorang itu ialah seorang anggota Pasukan Polis sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 89 Akta Polis 1967 [Akta 344];

(l)

gambaran, atau moto bagi atau perkataan yang merujuk bintang, lencana atau lambang sebagaimana yang diperuntukkan di bawah

Akta Angkatan Tentera 1972 [Akta 77];

P.U. (A) 373 15

(m)

nama, parap dan bendera, dan gambaran bagi nama, parap dan bendera, mana-mana organisasi antarabangsa atau negara

Konvensyen termasuk mana-mana bandaraya, kawasan pilihan raya bandaran, bandar atau tempat di negara Konvensyen;

(n)

lambang kebangsawanan, lambang kebesaran, darjah kebesaran kesateriaan, bintang kehormatan atau bendera, atau gambaran lambang kebangsawanan, lambang kebesaran, darjah kebesaran kesateriaan, bintang kehormatan atau bendera, mana-mana negara Konvensyen termasuk mana-mana bandaraya, kawasan pilihan raya bandaran, bandar atau tempat di negara Konvensyen;

(o)

nama, parap atau logo, atau gambaran nama, parap atau logo, mana-mana pertubuhan, pertubuhan perbadanan atau institusi;

dan

(p)

rupaan gambar mana-mana orang, sama ada hidup atau mati.

(2)

Berhubung dengan perenggan 1(g) dan (h), jika ternyata pada cap dagangan yang pendaftarannya dimohon, suatu gambaran bulan sabit atau salib dalam apa-apa warna yang bukan dinyatakan dalam perenggan (1)(g) dan (h), Pendaftar boleh menghendaki pemohon, sebagai syarat penyetujuterimaan, mengaku untuk tidak menggunakan logo bulan sabit atau salib dalam warna merah, atau putih atau perak dan berlatar merah, atau dalam apa-apa warna atau warna-warna yang hampir serupa.

Kriteria cap dagangan terkenal