Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN CAP DAGANGAN 2019

Seksyen 5

Pada menentukan sama ada suatu cap dagangan terkenal di Malaysia, Pendaftar atau Mahkamah hendaklah mengambil kira kriteria yang berikut:

(a)

takat cap dagangan itu diketahui atau dikenali oleh sektor yang berkaitan dalam kalangan orang awam;

P.U. (A) 373 16

(b)

tempoh dan takat, dan kawasan geografi yang di dalamnya, cap dagangan itu digunakan;

(c)

tempoh dan takat promosi barang-barang atau perkhidmatan yang baginya cap dagangan itu terpakai dan kawasan geografi yang di dalamnya promosi itu diadakan;

(d)

tempoh dan tempat pendaftaran, atau tempoh dan tempat permohonan pendaftaran, cap dagangan itu, pada takat yang menggambarkan tahap cap dagangan itu digunakan atau dikenali;

(e)

rekod penguatkuasaan hak cap dagangan yang berjaya, khususnya, yang menggambarkan tahap cap dagangan itu dikenali oleh pihak berkuasa kompeten; dan

(f)

nilai yang dikaitkan dengan cap dagangan itu.

Penggunaan cap dagangan dalam internet