Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(1)
Pemohon bagi pendaftaran cap dagangan boleh, kecuali bagi cap kolektif, cap perakuan dan tanda iaitu warna, bunyi, bau, hologram, kedudukan atau urutan pergerakan, meminta Pendaftar, disertai pembayaran fi ditetapkan, untuk mempercepat suatu pemeriksaan.
(2)
Suatu permintaan untuk mempercepat suatu pemeriksaan hanya boleh dibuat kepada Pendaftar atas alasan yang berikut:
(a)
permintaan itu adalah demi kepentingan negara atau awam;
(b)
terdapat prosiding pelanggaran yang sedang berjalan atau keterangan yang menunjukkan kemungkinan pelanggaran berkenaan dengan cap dagangan yang dipohon; atau
P.U. (A) 373 18
(c)
pendaftaran cap dagangan adalah syarat untuk mendapatkan faedah kewangan daripada Kerajaan atau institusi yang diiktiraf oleh Pendaftar.
(3)
Setiap permintaan untuk mempercepat pemeriksaan boleh dibuat dalam permohonan yang sama berkenaan dengan barang-barang atau perkhidmatan dalam lebih daripada satu kelas disertai pembayaran fi ditetapkan.
Gambaran cap dagangan