Malaysia legislation

Section 9

of PERATURAN-PERATURAN CAP DAGANGAN 2019

Seksyen 9

(1)

Pemohon hendaklah memberikan gambaran secara grafik cap dagangan yang jelas dan tahan lama dalam ruang yang disediakan bagi maksud itu dalam permohonan pendaftaran cap dagangan itu.

(2)

Jika Pendaftar semunasabahnya percaya bahawa gambaran yang diberikan oleh pemohon itu tidak mencukupi untuk menunjukkan butir-butir cap dagangan itu atau tidak membolehkan semua ciri-ciri cap dagangan itu diperiksa dengan sepatutnya, Pendaftar boleh, melalui penolakan sementara, menghendaki pemohon itu untuk memberikan dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan oleh

Pendaftar dalam penolakan sementara itu, apa-apa atau semua yang berikut:

(a)

gambaran lain cap dagangan yang terdiri daripada satu sudut pandangan cap dagangan itu atau beberapa sudut pandangan yang berbeza cap dagangan itu;

(b)

perihalan cap dagangan itu yang dinyatakan dalam perkataan;

(c)

apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki oleh

Pendaftar.

P.U. (A) 373 19

(3)

Pendaftar boleh pada bila-bila masa, melalui penolakan sementara, jika tidak berpuas hati dengan apa-apa gambaran cap dagangan itu, menghendaki pemohon untuk memfailkan gambaran lain yang memuaskan hati Pendaftar sebelum memeriksa permohonan itu, dan pemohon hendaklah memfailkan kepada Pendaftar suatu permohonan untuk meminda permohonan pendaftaran cap dagangan itu, disertai pembayaran fi ditetapkan, untuk menggantikan gambaran itu.

(4)

Jika pemohon gagal untuk memberikan maklum balas penolakan sementara, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik.

Tuntutan keutamaan

Section 9 — PERATURAN-PERATURAN CAP DAGANGAN 2019 | mylaw.my