Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN CAP DAGANGAN (PENEPIAN DAN PENGUBAHSUAIAN FI) 2020
Seksyen 3
Penepian fi
(1)
Fi yang dikenakan kepada mana-mana individu, perkongsian, persatuan, pertubuhan perbadanan atau institusi di bawah Jadual Pertama Peraturan-Peraturan
Cap Dagangan 2019 [P.U. (A) 373/2019] diketepikan bagi perkara yang berikut:
(a)
berhubung dengan butiran 7, permohonan pindaan nama atau alamat rumah pemohon dan pembetulan nama atau alamat rumah tuan punya berdaftar;
(b)
berhubung dengan butiran 27, permohonan pelanjutan masa bagi prosiding lain selain bangkangan; dan
(c)
berhubung dengan butiran 32, pemfailan dokumen secara manual.
3
(2)
Penepian di bawah perenggan 1(a) dan (b) hendaklah terpakai bagi mana-mana individu, perkongsian, persatuan, pertubuhan perbadanan atau institusi yang terkesan dengan langkah-langkah pengawalan atau pencegahan dan tertakluk kepada peraturan 4.
Permohonan bagi penepian fi