Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN CAP DAGANGAN (PENEPIAN DAN PENGUBAHSUAIAN FI) 2020
Seksyen 5
(1)
Tertakluk kepada peraturan 6, fi yang dikenakan kepada mana-mana individu, perkongsian, persatuan, pertubuhan perbadanan atau institusi yang terkesan oleh langkah-langkah pengawalan atau pencegahan di bawah Peraturan-Peraturan Cap
Dagangan 2019 [P.U. (A) 373/2019] bagi butiran dan perkara yang dinyatakan dalam ruang (1) danruang (2) Jadual diubah suai sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (3).
(2)
Pengubahsuaian fi di bawah subperaturan (1) hendaklah terpakai bagi pendaftaran cap dagangan yang habis tempoh antara 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021.
Permohonan bagi pengubahsuai fi