Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN CAP DAGANGAN (PENEPIAN FI) 2024

Seksyen 2

(1)

Fi yang dikenakan kepada mana-mana individu, perkongsian, persatuan, pertubuhan perbadanan atau institusi di bawah perenggan 1 Jadual Pertama kepada

Peraturan-Peraturan Cap Dagangan 2019 [P.U. (A) 373/2019] diketepikan pada

Hari Harta Intelek Negara atau Hari Bertemu/Bersama Pelanggan.

(2)

Penepian di bawah subperaturan (1) hendaklah terpakai bagi mana-mana individu, perkongsian, persatuan, pertubuhan perbadanan atau institusi jika permintaan untuk pendapat dan carian awal dibuat dalam borang sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar dan difailkan mengikut arahan Pendaftar.

(3)

Bagi maksud peraturan ini—

“Hari Bertemu/Bersama Pelanggan” ertinya suatu program kesedaran yang dianjurkan oleh

Perbadanan

Harta

Intelek

Malaysia pada tarikh sebagaimana yang disiarkan dalam Jurnal Rasmi Harta Intelek; dan

“Hari Harta Intelek Negara” ertinya hari harta intelek negara termasuk apa-apa program atau aktiviti yang dijalankan semasa sambutan

P.U. (A) 112 3

hari harta intelek negara yang dianjurkan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada tarikh sebagaimana yang disiarkan dalam Jurnal Rasmi Harta Intelek.

Dibuat 19 April 2024

[KPDNKK.100-1/4/19; PN(PU2)316/VI]

DATUK ARMIZAN BIN MOHD ALI

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

P.U. (A) 112 4

TRADEMARKS ACT 2019

TRADEMARKS (WAIVER OF FEE) REGULATIONS 2024

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN CAP DAGANGAN (PENEPIAN FI) 2024