Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN CAP DAGANGAN (PENGURANGAN FI) 2025

Seksyen 3

Syarat pengurangan

(1)

Jika permohonan pendaftaran cap dagangan dibuat bagi suatu siri cap dagangan, pengurangan fi di bawah peraturan 2 tidak boleh terpakai bagi cap dagangan yang kedua dan seterusnya dalam siri cap dagangan itu.

(2)

Pengurangan fi di bawah peraturan 2 tidak boleh terpakai melainkan jika permohonan pendaftaran cap dagangan dibuat—

(a)

oleh mana-mana individu, perkongsian, persatuan, pertubuhan perbadanan atau institusi yang memenuhi kriteria yang dinyatakan dalam arahan amalan Pendaftar;

P.U. (A) 315 3

(b)

selepas mematuhi tatacara tambahan yang dinyatakan dalam arahan amalan Pendaftar; dan

(c)

di kaunter.

Dibuat 28 Ogos 2025

[KPDN.100-1/1/33; PN(PU2)316/VI]

DATUK ARMIZAN BIN MOHD ALI

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

P.U. (A) 315 4

TRADEMARKS ACT 2019

TRADEMARKS (REDUCTION OF FEE) REGULATIONS 2025

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN CAP DAGANGAN (PENGURANGAN FI) 2025