Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan Cap Dagangan 2019 [P.U. (A) 373/2019], yang dirujuk sebagai “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 53—
(a)
dengan memasukkan selepas subperaturan (1) subperaturan yang berikut:
“(1A)
Jika pemohon memfailkan suatu permohonan bagi pendaftaran cap kolektif yang terdiri daripada petunjuk geografi atau cap perakuan yang terdiri daripada petunjuk geografi, dan petunjuk geografi itu berkaitan dengan negara selain Malaysia, pemohon itu hendaklah—
(a)
mematuhi kehendak yang dinyatakan di bawah subperaturan (1); dan
(b)
mengemukakan kepada Pendaftar keterangan bahawa petunjuk geografi itu dilindungi sebagai petunjuk geografi di negara atau kawasan asalnya.”; dan
P.U. (A) 67 3
(b)
dalam subperaturan (2), dengan memasukkan selepas perkataan
“subperaturan (1)” perkataan “atau (1A)”.
Pindaan peraturan 55