Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PELAPORAN MENGIKUT NEGARA) 2017
Seksyen 2
Tafsiran
“entiti konstituen” ertinya—
(a)
mana-mana unit perniagaan yang berasingan suatu Kumpulan MNE yang dimasukkan dalam penyata kewangan disatukan Kumpulan MNE itu atau yang akan dimasukkan jika kepentingan ekuiti dalam unit perniagaan itu diniagakan di bursa sekuriti awam;
(b)
mana-mana unit perniagaan yang berasingan suatu Kumpulan MNE yang tidak dimasukkan dalam penyata kewangan disatukan
Kumpulan MNE itu semata-mata atas alasan saiz atau kepentingan;
(c)
mana-mana establismen tetap mana-mana unit perniagaan yang berasingan Kumpulan MNE yang disebut dalam perenggan (a)
atau (b), dengan syarat unit perniagaan itu menyediakan penyata kewangan berasingan bagi establismen tetap itu bagi maksud pelaporan kewangan, pengawalseliaan, pelaporan cukai atau kawalan pengurusan dalaman;
P.U. (A) 409 3
“entiti pemegangan muktamad” ertinya suatu entiti konstituen suatu Kumpulan
MNE yang memiliki secara langsung atau tidak langsung suatu kepentingan yang mencukupi dalam satu atau lebih entiti konstituen yang lain Kumpulan MNE itu dan tiada entiti konstituen lain kumpulan MNE itu yang memiliki secara langsung atau tidak langsung kepentingan itu dalam entiti konstituen yang mula-mula disebut itu;
“Kumpulan MNE” ertinya suatu kumpulan perusahaan multinasional yang berkaitan melalui pemilikan atau kawalan yang dengan itu ia dikehendaki untuk menyediakan penyata kewangan disatukan bagi maksud pelaporan kewangan di bawah prinsip perakaunan yang terpakai atau akan dikehendaki untuk berbuat demikian sekiranya kepentingan ekuiti dalam mana-mana perusahaannya diniagakan di bursa sekuriti awam yang termasuk—
(a)
dua atau lebih perusahaan yang mastautin cukainya adalah di dalam wilayah bidang kuasa yang berlainan; atau
(b)
suatu perusahaan yang merupakan entiti Labuan yang menjalankan aktiviti perniagaan Labuan dan tertakluk kepada cukai berkenaan dengan perniagaan yang dijalankan melalui suatu establismen tetap di dalam wilayah bidang kuasa yang lain, atau suatu perusahaan yang bermastautin di dalam wilayah bidang kuasa yang lain dan tertakluk kepada cukai berkenaan dengan perniagaan yang dijalankan melalui suatu establismen tetap di Labuan;
“Laporan mengikut Negara” ertinya laporan yang disebut dalam peraturan 4;
“tahun kewangan” ertinya suatu tempoh perakaunan tahunan yang berkenaan dengannya entiti pemegangan muktamad suatu Kumpulan MNE menyediakan penyata kewangannya;
“tahun kewangan pelaporan” ertinya tahun kewangan yang keputusan kewangan dan operasinya ditunjukkan dalam Laporan mengikut Negara.
P.U. (A) 409 4
Pemakaian