Malaysia legislation
Section 4
of PERATURAN-PERATURAN CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PELAPORAN MENGIKUT NEGARA) 2017
Seksyen 4
(1)
Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, suatu Laporan mengikut Negara berkenaan dengan suatu Kumpulan MNE hendaklah mengandungi—
(a)
maklumat agregat yang berhubungan dengan amaun hasil, keuntungan atau kerugian sebelum cukai pendapatan, cukai pendapatan yang telah dibayar, cukai pendapatan yang terakru, modal yang dinyatakan, perolehan terkumpul, bilangan pekerja dan aset ketara selain tunai atau yang setara dengan tunai berkenaan dengan setiap wilayah bidang kuasa yang di dalamnya
Kumpulan MNE itu beroperasi; dan
(b)
pengenalpastian setiap entiti konstituen Kumpulan MNE itu yang menyatakan wilayah bidang kuasa mastautin cukai entiti konstituen itu, dan wilayah bidang kuasa yang di bawah undang-undangnya entiti konstituen itu diperbadankan, didaftarkan atau ditubuhkan jika ia berlainan daripada wilayah bidang kuasa mastautin cukai entiti konstituen itu, dan sifat aktiviti atau aktiviti-aktiviti perniagaan utama entiti konstituen itu.
(2)
Maklumat kewangan yang disebut dalam perenggan (1)(a) hendaklah disebut dalam ringgit Malaysia (RM).
P.U. (A) 409 5
(3)
Maklumat yang dikehendaki dilaporkan di bawah peraturan ini hendaklah mulai 1 Januari 2017.
(4)
Laporan mengikut Negara hendaklah difailkan mengikut borang yang ditetapkan di bawah seksyen 21A Akta dalam medium elektronik, atau melalui penghantaran elektronik, dalam format bahasa penanda boleh perluas.
Kewajipan pemfailan