Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2018

Seksyen 10

Pengubahsuaian tatacara usaha wajar

(1)

Suatu Institusi Kewangan Pelapor boleh mengguna pakai, bagi suatu tahun kalendar—

(a)

tatacara alamat pemastautin, sebagaimana yang diperihalkan dalam subperenggan B(1) Seksyen III Standard, kepada suatu

Akaun Nilai Rendah;

(b)

tatacara usaha wajar bagi Akaun Nilai Tinggi, sebagaimana yang diperihalkan dalam perenggan C Seksyen III Standard, kepada suatu Akaun Nilai Rendah; atau

(c)

perenggan A hingga C Seksyen V Standard bagi menentukan sama ada suatu Akaun Entiti Sedia Ada adalah tertakluk kepada tatacara usaha wajar yang diperihalkan dalam Seksyen V Standard.

(2)

Tertakluk kepada peraturan 11, suatu Institusi Kewangan Pelapor boleh mengguna pakai, bagi suatu tahun kalendar, tatacara usaha wajar bagi Akaun Baharu yang diperihalkan dalam Seksyen IV atau VI Standard, kepada Akaun Sedia Ada.

(3)

Tertakluk kepada peraturan 11, bagi tempoh bermula 1 Julai 2017

hingga 4 Februari 2018 suatu Institusi Kewangan Pelapor boleh mengguna pakai tatacara usaha wajar bagi Akaun Sedia Ada yang diperihalkan dalam perenggan C

Seksyen 1 dan, Seksyen III atau Seksyen V, Standard kepada Akaun Baharu.

(4)

Berhubung dengan Akaun Entiti Baharu, bagi maksud menentukan sama ada orang yang mengawal NFE Pasif merupakan Orang Kena Lapor, suatu Institusi

P.U. (A) 20 11

Kewangan Pelapor hanya boleh bergantung kepada perakuan sendiri sama ada oleh pemegang akaun atau orang yang mengawal itu.

Syarat bagi pengubahsuaian tatacara usaha wajar

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2018