Malaysia legislation

Section 18

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2018

Seksyen 18

(1)

Tiap-tiap Institusi Kewangan Pelapor hendaklah menyimpan dan mengekalkan dalam jagaan selamat rekod yang diperoleh atau diwujudkan oleh

Institusi Kewangan Pelapor itu bagi maksud mematuhi Peraturan-Peraturan ini, termasuklah perakuan sendiri dan rekod keterangan dokumen.

(2)

Tiap-tiap

Institusi

Kewangan

Pelapor yang dikehendaki oleh

Peraturan-Peraturan ini untuk menyimpan dan mengekalkan dalam jagaan selamat rekod yang berbuat demikian secara elektronik hendaklah mengekalkan rekod itu dalam format elektronik yang boleh dibaca bagi tempoh pegangan yang disebut dalam subperaturan (4).

(3)

Tiap-tiap

Institusi

Kewangan

Pelapor yang memperoleh atau mewujudkan rekod dalam bahasa selain bahasa Inggeris hendaklah, atas permintaan

Ketua Pengarah, menyediakan terjemahan dalam bahasa Inggeris.

(4)

Tiap-tiap

Institusi

Kewangan

Pelapor yang dikehendaki untuk menyimpan dan mengekalkan dalam jagaan selamat rekod yang diperoleh atau diwujudkan oleh Institusi Kewangan Pelapor itu di bawah Peraturan-Peraturan ini

P.U. (A) 20 15

hendaklah mengekalkan rekod itu bagi tempoh sekurang-kurangnya tujuh tahun selepas—

(a)

dalam hal perakuan sendiri, hari terakhir suatu Akaun Kewangan yang berkaitan dibuka; dan

(b)

dalam mana-mana hal lain, hujung tahun kalendar yang terakhir yang rekod itu adalah berkaitan.

Penyedia perkhidmatan

Section 18 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2018