Malaysia legislation

Section 19

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2018

Seksyen 19

(1)

Suatu Institusi Kewangan Pelapor boleh melantik pihak ketiga sebagai ejennya untuk menjalankan kewajipan dan obligasi yang dikenakan terhadapnya di bawah Peraturan-Peraturan ini.

(2)

Jika pihak ketiga dilantik oleh suatu Institusi Kewangan Pelapor mengikut subperaturan (1)—

(a)

Institusi Kewangan Pelapor itu hendaklah, pada setiap masa, mempunyai akses kepada dan boleh mengemukakan, jika diminta oleh Ketua Pengarah untuk berbuat demikian, rekod dan keterangan dokumen yang digunakan untuk mengenal pasti dan melaporkan Akaun Kena Lapor; dan

(b)

Institusi Kewangan Pelapor itu bertanggungjawab bagi apa-apa kegagalan pihak ketiga itu untuk menjalankan kewajipan dan obligasi Institusi Kewangan Pelapor itu dan peraturan 20 dan 23

hendaklah terpakai bagi

Institusi

Kewangan

Pelapor itu walaupun—

(i)

tindakan itu adalah tindakan pihak ketiga itu; atau

(ii)

kegagalan untuk bertindak adalah kegagalan oleh pihak ketiga itu untuk bertindak.

P.U. (A) 20 16

Kuasa Ketua Pengarah

Section 19 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2018