Malaysia legislation

Section 20

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2018

Seksyen 20

(1)

Ketua Pengarah boleh menjalankan semua kuasa yang terletak hak padanya di bawah Akta untuk mentadbir dan menguatkuasakan pematuhan peruntukan

Perkiraan dan Peraturan-Peraturan ini.

(2)

Ketua Pengarah boleh, melalui notis, menghendaki sesuatu Institusi

Kewangan untuk mengemukakan kepadanya dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu maklumat termasuk salinan mana-mana buku, rekod atau dokumen lain yang berkaitan sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah secara munasabah bagi apa-apa maksud yang berhubungan dengan pentadbiran atau penguatkuasaan

Peraturan-Peraturan ini.

(3)

Ketua Pengarah boleh pada setiap masa mempunyai akses penuh dan bebas untuk memasuki mana-mana premis atau tempat perniagaan sesuatu Institusi

Kewangan bagi maksud—

(a)

mentadbir dan melaksanakan pematuhan kepada peruntukan

Perkiraan dan Peraturan-Peraturan ini; dan

(b)

memeriksa tatacara yang diwujudkan oleh Institusi Kewangan itu bagi maksud memastikan pematuhan kepada obligasi Institusi

Kewangan itu di bawah Peraturan-Peraturan ini.

(4)

Ketua Pengarah boleh membuat cabutan daripada atau salinan bagi semua atau apa-apa bahagian buku, rekod atau dokumen lain atau bahan lain yang dijadikan tersedia kepadanya atau menghendaki salinan buku, rekod atau dokumen lain atau bahan lain dijadikan tersedia kepadanya bagi apa-apa maksud yang berhubungan dengan pentadbiran atau penguatkuasaan Peraturan-Peraturan ini.

P.U. (A) 20 17

Penyata maklumat yang salah

Section 20 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2018