Skip to content

Seksyen 21

Mana-mana orang yang—

of Peraturan-Peraturan Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pertukaran Automatik Maklumat Akaun Kewangan) 2018

P.U. (A)In forceProvision 21 of 24
Seksyen 21

(a)

membuat penyata maklumat yang salah dengan tidak memberikan maklumat yang dikehendaki untuk diberikan mengikut

Peraturan-Peraturan ini, bagi pihak dirinya sendiri atau orang lain; atau

(b)

memberi apa-apa maklumat yang salah berhubung dengan apa-apa maklumat yang dikehendaki untuk diberikan mengikut

Peraturan-Peraturan ini, bagi pihak dirinya sendiri atau orang lain, hendaklah, melainkan dia memuaskan mahkamah bahawa penyata maklumat yang salah atau maklumat yang salah itu telah dibuat atau diberi dengan suci hati, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.