Seksyen 22
Kegagalan untuk mematuhi Peraturan-Peraturan
P.U. (A)In forceProvision 22 of 24
Seksyen 22
(1)
Mana-mana orang yang gagal untuk mematuhi Peraturan-Peraturan ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(2)
Jika seseorang telah disabitkan dengan kesalahan di bawah subperaturan (1), mahkamah boleh membuat perintah lanjutan bahawa orang itu hendaklah mematuhi peruntukan Peraturan-Peraturan ini yang berkaitan yang kesalahan itu telah dilakukan dalam tempoh tiga puluh hari atau suatu tempoh lain yang mahkamah sifatkan sesuai, dari tarikh perintah itu dibuat.