Malaysia legislation

Section 23

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2018

Seksyen 23

Sekiranya Ketua Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana orang telah membuat apa-apa perkiraan atau terlibat dalam suatu amalan yang mempunyai kesan langsung atau tidak langsung yang—

(a)

melepaskan mana-mana orang daripada apa-apa liabiliti yang timbul atau sepatutnya timbul untuk mengemukakan kepada Ketua Pengarah suatu penyata maklumat;

(b)

melarikan diri atau mengelak daripada apa-apa obligasi yang dikenakan atau sepatutnya dikenakan ke atas mana-mana orang di bawah

Peraturan-Peraturan ini; atau

(c)

menghalang atau mencegah pelaksanaan Peraturan-Peraturan ini dalam apa-apa jua cara,

Ketua Pengarah boleh, tanpa menjejaskan kesahannya dalam apa-apa keadaan lain bagi apa-apa maksud lain, tidak mengambil kira atau mengubah perkiraan atau amalan itu dan membuat pelarasan yang difikirkannya patut dengan tujuan untuk mengurangkan keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada kesan langsung atau tidak langsung perkiraan atau amalan itu.

Peruntukan khas bagi NFE Pasif

Section 23 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2018