Malaysia legislation

Section 24

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2018

Seksyen 24

P.U. (A) 20 18

(1)

Tertakluk kepada subperaturan (3), bagi maksud menentukan bahawa suatu Entiti ialah NFE Pasif dengan satu atau lebih Orang yang Mengawal ialah Orang

Kena Lapor di bawah subperenggan D(2) Seksyen V dan subperenggan A(2) Seksyen VI

Standard, suatu Institusi Kewangan bukan merupakan NFE Pasif sekiranya—

(a)

Institusi Kewangan itu ialah suatu Entiti Pelaburan di bawah subperenggan A(6)(b) Seksyen VIII Standard;

(b)

Institusi Kewangan itu bukan suatu Institusi Kewangan Wilayah

Bidang kuasa yang Menyertai; dan

(c)

Institusi Kewangan itu akan menjadi Institusi Kewangan Wilayah

Bidang kuasa yang Menyertai sekiranya wilayah bidang kuasa yang diisytiharkan sebagai wilayah bidang kuasa komited di bawah subperaturan (2) ialah Wilayah Bidang kuasa yang Menyertai.

P.U. (A) 20 19

(2)

Ketua Pengarah boleh mengisytiharkan satu atau lebih wilayah bidang kuasa sebagai wilayah bidang kuasa komited dalam suatu senarai yang disiarkan atau melalui apa-apa cara lain yang difikirkannya sesuai.

(3)

Bagi maksud subperaturan (1), suatu Institusi Kewangan bukan merupakan suatu NFE Pasif bagi tahun 2017 hingga 2019.

Section 24 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2018